Jumaat, 23 November 2012

Aku Sepasang Baju Kurung

Aku Sepasang Baju Kurung

     Aku ialah sepasang baju kurung . Badanku bewarna jingga berbunga putih amat menawan . Aku dibuat di sebuah kilang pakaian di Sibu , Sarawak .

     Pada suatu hari , aku dan kawan-kawanku dihantar ke sebuah butik pakaian di Kuching . Kami digantung di rak kaca butik itu . Kami digantung supaya dapat dilihat oleh orang ramai yang lalu lalang di situ . Pada badan kami diletakkan tanda harga .

     Pada suatu hari , seorang wanita datang mengunjungi butik tersebut . Dia memegang dan membelek-belek kami sambil melihat tanda harga pada badan kami . Aku terpesona memandang wajahnya yang cantik itu . Akhirnya , dia membeliku dengan harga RM99.99 . Aku berasa sungguh gembira kerana memilihku dan memepunyai seorang tuan yang cantik . 

     Aku dibawa pulang dan disangkutkan ke dalam almari pakaiannya bersama dengan baju baju yang lain . Pada keesokannya aku dipakai olehnya ke tempat kerja . Rupa-rupa dia seorang guru . Rakan-rakannya asyik memuji kecantikan aku . Aku berasa sungguh bangga dengan kecantikan diriku itu . 

     Sejak hari itu aku sering dipakai olehnya kerana aku adalah warna kegemarannya . Beberapa bulan kemudian warnaku semain pudar . Kepudaran warnaku  itumenyebabkan dia jarang memakaiku lagi . Kini , tuan aku telah membeli baju lain yang lebih cantik . Aku berasa amat sedih . Aku telah dipilih dan dimasukkan ke dalam almari .

     Pada suatu hari , aku dan rakan-rakan yang senasib denganku telah dimasukkan ke dalam sebuah kotak . Kami dihadiahkan kepada mangsa banjir di Sri Aman . Aku amat bersyukur kerana aku mendapat tuan baru lagi dan aku terus dipakainya olehnya  walaupun warnaku sudah pudar .

Karangan

Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:
  1. Jenis Surat Kiriman Rasmi
  2. Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
  3. Karangan jenis Ucapan
  4. Karangan jenis Syarahan
  5. Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
  6. Karangan jenis Berita
  7. Karangan jenis Catatan Diari
  8. Karangan jenis Laporan
  9. Karangan jenis Perbahasan
  10. Kad Jemputan
Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat

  1. Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
  2. Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
  3. Karangan Jenis Fakta / Penerangan
  4. Karangan Jenis Perbincangan
  5. Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
  6. Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
  7. Karangan Jenis Peribahasa
PANDUAN MENGARANG / MENULIS

Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :


A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca karangan itu.

Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.



 Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda. Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar, ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan popular ialah:


  • Apa?
  • Siapa?
  • Bila?
  • Mengapa?
  • Di mana?
  • Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu karangan.

Karangan Fakta

CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN

 

     Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran.

     Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

     Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka.

     Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.