Sekolah



SJK (C) TRIANG 2

Sejarah SJK C Triang 2  

Tahun 1965
  • SJK (C) Triang No. 2 telah ditubuhkan.
  • Tidak mempunyai bangunan sekolah yang sendiri dan terpaksa menumpang di       SJK (C) Triang 1.
  • Memulakan proses pembelajaran pada sesi petang.
  • Bilangan murid adalah lebih kurang 200 orang dan bilangan gurunya pula adalah seramai 8 orang.
  • Guru Besar yang pertama ialah En. Koo Sek Lim.
 Tahun 1967
  • Bilangan murid kian bertambah menjadi 400 orang. Manakala bilangan guru pula seramai 13 orang.

Tahun 1975

  • Encik Koo Sek Lim telah bersara dan digantikan oleh Encik Chan Kok Tam sebagai Guru Besar yang baru.

Tahun 1987

  •  Pada tahun ini, satu kebakaran telah berlaku di pejabat,bilik guru, dan bilik stor.
  • Kebakaran ini telah menyebabkan kemusnahan banyak dokumen dan fail maklumat yang penting.
  • Kejadian ini telah mendapat perhatian oleh YB Dato’ Kan Tong Leong ( A dengan memberikan peruntukan kewangan bagi mendirikan bangunan pejabat sekolah yang baru.

Tahun1989

  • Pusat Sumber Sekolah telah didirikan.

Tahun1991

  •  Encik Chan Kok Tam telah bersara. Jawatan Guru Besar digantikan sementara oleh Encik Tan Hee Keow.

Tahun 1992

  •  Encik Chan Yong Sang telah menjadi Guru Besar SJK (C) Triang No. 2 yang ke-3.

Tahun 1994

  •  Encik Chan Yong Sang telah ditukarkan ke SJK(C) Khee Chee,Temerloh. Jawatan Guru Besar telah digantikan oleh Encik Tan Tuan Eng PJK.

Tahun 1995

  • Encik Yong Chong Seong telah menjadi Guru Besar yang baru menggantikan Encik Tan Tuan Eng PJK yang bersara.

Tahun 1996

  • Di atas daya usaha Encik Yong Chong Seong ( Guru Besar ), Persatuan PIBG, dan Lembaga Pengurus Sekolah telah mengadakan Malam Amal kali ke-1 bagi mengutip derma untuk mendirikan sekolah baru.

Tahun 1999

  • Mengadakan Malam Amal kali –2.
  • Pada 8/10/1999, Star Leisure Sdn. Bhd. telah menderma 2.5 ekar tanah di Taman Litar Jaya untuk dijadikan sebagai tapak sekolah SJK (C) Triang No. 2 yang baru.


Tahun 2002

  • Pada 12/4/2002, Dato’ Seri Ling Liong Sik ( Bekas Menteri Pengangkutan Malaysia ) telah merasmikan upacara pecah tanah dan memberikan peruntukan kewangan sebanyak RM 200,000,00.
Tahun 2003
  • Pada 18/9/2003, Datuk Lim Keng Aik ( Menteri Perusahaan Utama) telah merasmikan upacara penanaman pokok dan telah menyumbangkan sebanyak RM 30,000,00 bagi mendirikan gelanggang bola keranjang.
  • Pada 2/11/2003, Malam Amal kali –3 telah diadakan.
  • Sekolah baru dijangka siap pada bulan Mac 2004.
  • SJK (C) Triang No. 2 akan mula berpindah ke sekolah baru pada bulan Jun 2004 selepas mendapat kelulusan Kementerian Pendidikan.
Tahun 2004
  • Pihak sekolah telah mendapat sijil siap kerja pada bulan April.
  • Semua organisasi pentadbiran, pengurusan, murid berpindah ke bangunan sekolah yang baru pada 05.07.2004.
  • Mendirikan tempat letak kereta dan basikal yang baru. ( Disember. )
  • Membina pintu pagar yang baru. ( Disember )

Tahun 2005

  •  Semua murid memulakan sesi persekolahan yang baru pada 03.01.2005.
  • Jumlah murid bertambah menjadi 350 orang daripada 268 orang pada 2004.
  • Kelayakan guru bertambah dari 18 orang kepada 22 orang.
  • Bilangan kelas bertambah daripada 9 buah kepada 12 buah.
  • Membina gelanggang bola keranjang dan bola tampar.
Tahun 2008

  • Upacara Pecah Tanah Bangunan Tambahan diadakan pada     
  •    20.11.2008.Pembinaan Bangunan 2 tingkat dijangka siap pada 
          bulan April 2009.

Tahun 2009
  • Blok Baru telah digunakan. Perpustakaan  telah dipindahkan ke tingkat atas
          Blok Baru. Dua bilik darjah juga dijadikan kelas untuk Pengajaran dan pembelajaran.



PROGRAM GURU PENYAYANG







Tiada ulasan:

Catat Ulasan