Ahad, 23 Disember 2012

Soalan Latihan KPF 3012

Soalan Latihan KPF 3012


Soalan KPF 3012 – Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah Dan Dasar.


1.       Antara cabang falsafah, yang manakah di antara berikut berkaitan dengan kajian ilmu dan nilai?

I.                    Metafizik                    II.          Epistemologi

III.        Aksiologi                   IV.         Logik

 
            A.      I, III sahaja

B.       II, III sahaja

C.       II, IV sahaja

D.      III, IV sahaja


          Jawapan:  B

 
2.       Pilih dan padankan mazhab falsafah dengan epistemologi yang tepat

Mazhab falsafah
Epistemologi
 
I.                   Idealisme
 
Kebenaran sebagai fakta
II.                realisme
Kebenaran sebagai idea
III.             Pragmatisme
Kebenaran sebagai pengalaman
IV.             Eksistensialisme
Kebenaran sebagai pilihan individu

      A.     I, II sahaja

B.     III,IV sahaja

C.     I,III,IV sahaja

D.    II, III,IV sahaja

     Jawapan:  B

 
3.       “Pendidikan di dalam peringkat sekolah rendah hendaklah mengutamakan pendidikan asas, iaitu membaca, menulis dan mengira” 

Salah satu falsafah pendidikan berikut yang mengutamakan pendidikan asas seperti kenyataan di atas ialah:

A.    Essensialisme

B.     Pragmatism

C.     Rekonstruktivisme

D.    Eksistensialisme 

            Jawapan:  A
 

4.       Berikut merupakan tujuan utama Falsafah Pendidikan Negara 1988 di gubal.  

A.     Menentukan matlamat pendidikan Negara.

B.     Memberi panduan dalam penggubalan kurikulum.

C.     Menentukan usaha berterusan ke arah perkembangan potensi murid.

D.    Memberi pedoman terhadap segala rancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan. 

           Jawapan:  D
 

5.      Apakah matlamat utama pendidikan guru? 

I.                   Melahir guru yang berkualiti.

II.                Menguasai ilmu dan kemahiran mengajar.

III.             Memupuk dan mengamal nilai-nilai keguruan.

IV.             Mencapai kecemerlangan pendidikan dalam alaf baru. 

A.    I, II sahaja.

B.     I, IV sahaja.

C.     II, III sahaja.

D.    III, IV sahaja. 

           Jawapan:  B
 

6.       Semua berikut boleh diertikan sebagai kokurikulum, kecuali _________ . 

A.    kurikulum tambahan

B.     aktiviti badan beruniform

C.     pendidikan untuk masa lapang

D.    aktiviti pelajaran luar bilik darjah 

            Jawapan:  D
 

7.      Perkara utama dalam sesuatu kurikulum yang sempurna ialah

I.                   isi pelajaran dipilih untuk mencapai objektifnya.

II.                matlamat pendidikan yang harus dicapai oleh sekolah.

III.             penilaian untuk mengukur keberkesanan pembelajaran.

IV.             pendekatan dan strategi yang hendak digunakan untuk mencapai objektif pelajaran 

A.    I, II  sahaja.

B.     I, IV sahaja.

C.     I,III  sahaja.

D.    II, IV sahaja. 

Jawapan:  B
 

8.      Semua berikut adalah perubahan Sistem Pendidikan Kebangsaan berdasarkan syor-syor Laporan Kabinet 1979, kecuali __________ . 

A.     kegiatan kokurikulum diutamakan.

B.      bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar  dalam semua peringkat persekolahan.

C.     kurikulum sekolah KBSR dan KBSM digubal dan dilaksanakan dalam tahun 1980an.

D.    mata pelajaran Kemahiran Hidup wajib dipelajari dalam sekolah menengah rendah. 

Jawapan:  B
 

9.      Tujuan khusus menguatkuasakan Akta Pendidikan 1996 ialah _______________ 

A.     menangani cabaran-cabaran Wawasan 2020.

B.     memperkukuh semangat perpaduan berbilang kaum.

C.     memantapkan Sistem Pengurusan Pendidikan Kebangsaan.

D.    melengkapkan perundangan Sistem Pendidikan Kebangsaan. 

Jawapan :  A
 

10.   Tujuan utama mendirikan Sekolah Bestari ialah _______ 

A.     Menjadikan sekolah yang moden

B.     Mencapai matlamat Wawasan 2020

C.     Mencapai matlamat wawasan pendidikan

D.    Menyatupadu murid-murid berbilang kaum 

Jawapan :  B


11.  Dalam penggubalan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR/KBSM, perkara-pekara yang harus dipertimbangkan ialah ______________ 

I.                   Kandungan ilmu dan kemahiran

II.                Nilai-nilai murni

III.             Strategi dan aktiviti pengajaran-pembelajaran

IV.             Hasil pembelajaran 

A.    I, II sahaja.

B.     III,IV sahaja.

C.     I,II, IV sahaja.

D.    I, II, III, dan IV. 

    Jawapan:  D
 

12.  Mengikut Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah, tujuan utama program KBSR adalah memberi pendidikan kepada murid untuk ____________ 

A.    menguasai kemahiran asas 3M.

B.     memenuhi keperluan mereka masing-masing.

C.     menjadi insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

D.    memperkembang potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu. 

               Jawapan:  D
 

13.      Di dalam kelas, nilai-nilai murni boleh dipupuk melalui _________ 

I           Tingkah laku guru

II         Aktiviti pengajaran guru

III        penyampaian isi pelajaran

IV        aktiviti pembelajaran murid 

A.     I, II sahaja.

B.     III, IV sahaja.

C.     I, III, IV sahaja.

D.    I, II, III,dan IV. 

                 Jawapan:  D
 

14.   Di dalam komponen penyampaian pelajaran, perkara-perkara berikut perlu dipertimbangkan kecuali _____________ . 

A.    langkah-langkah pengajaran

B.     strategi dan kaedah mengajar

C.     pengalaman murid sedia ada

D.    perkara yang diajar oleh guru lain 

                Jawapan:  D
 

15.   Perancangan pengajaran dan pembelajaran harus berdasarkan ___________ . 

I.                    Huraian Sukatan Pelajaran

II.                Bahan pelajaran dan kemudahan

III.             Objektif pelajaran dan isi kandungan

IV.             Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 

A.     I, II sahaja.

B.     III, IV sahaja.

C.     I, III, IV sahaja.

D.    I, II, III,dan IV. 

             Jawapan:  C
 
16.  Guru yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti dan prestasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah pelaksanaan tanggungjawab terhadap __________  
I.                   Murid

II.                Negara

III.             Ibu bapa murid

IV.             Profesion keguruan 

A.     I, III sahaja.

B.     II, IV sahaja.

C.     I, II, III sahaja.

D.    I, II, III, dan IV. 

         Jawapan:  D 

 

17.   Guru yang mempunyai kemahiran professional dalam ertikata yang sebenar ialah guru yang __________________ 

I.                   mematuhi Kod Etika Keguruan

II.                mengajar dengan cekap serta berkesan

III.             mempunyai sijil Diploma Pendidikan yang diiktiraf

IV.             sering berusaha meningkatkan prestasi profesionnya 

A.    I, II sahaja.

B.     III, IV sahaja.

C.     I, II, IV sahaja.

D.    I, II, III, dan IV. 

       Jawapan:  D
 

18.      Untuk merealisasikan reformasi pendidikan di Malaysia, guru harus memainkan  peranan sebagai agen perubahan.
Ini bermakna guru masa kini harus menukar dari kebiasaan dan rutin yang diamalkan dulu dengan __________ . 

I.                   menggunakan strategi berpusatkan murid

II.                melaksanakan program pendidikan bersepadu

III.             mengandaikan murid bersifat homogen dan heterogenus

IV.             mengurus dan  membimbing secara demokratik dan kasih saying 

A.    I, II sahaja.

B.     III, IV sahaja.

C.     I, II, IV sahaja.

D.    I, II, III, dan IV. 

Jawapan:  C
 

19.   Yang manakah antara berikut merupakan ciri-ciri iklim yang negatif dalam bilik darjah? 

A.    Murid duduk diam kerana takut dihukum.

B.     Hubungan mesra antara guru dengan murid.

C.     Iklim persekitaran yang bersih, teratur dan tenteram.

D.    Murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. 

     Jawapan:  A
 

20.  Aktiviti pengurusan kelas yang kurang berkemampuan mewujudkan iklim bilik darjah dengan berkesan ialah  _____________ 

A.     sering mengingatkan murid supaya mematuhi disiplin.

B.     menggalakkan murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan.

C.     menentukan jadual waktu bertugas harian bersama dengan murid.

D.    menyediakan ruang pembelajaran yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran. 

     Jawapan:  A
 

21.  Di bawah Standard Guru Malaysia, kriteria dan standard am guru yang digariskan adalah berdasarkan kriteria dan Standard _____________ .

A.    Diploma Pendidikan

B.     Pendidikan Tinggi

C.     Kelayakan Perguruan

D.    Malaysia Qualification Framework 

     Jawapan:  D
 

22.   Yang manakah antara berikut merupakan perubahan utama sistem pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996? 

A.    Sekolah Bestari diperkenalkan  untuk sekolah rendah dan menengah.

B.     Reformasi sistem pendidikan untuk mencapai matlamat wawasan 2020.

C.     Menambah peluang pendidikan tertiari dengan meluluskan penubuhan kolej-universiti swasta.

D.    Pendidikan pra-sekolah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada sistem persekolahan rendah. 

            Jawapan:  C
 

23.  Tujuan menggubal kurikulum kebangsaan ialah untuk

A.    keseragaman

B.     kemudahan

C.     penjimatan

D.    Pengekalan 

           Jawapan:  A

 

24.  Berikut ialah objektif domain Bloom kecuali 

A.     Pengetahuan

B.     Kefahaman

C.     Aplikasi

D.    Apresiasi 

         Jawapan:  D
 
 

25.  Dasar digubal dan dilaksanakan untuk tujuan 

A.    kawalan

B.     pemantauan

C.     kesinambungan

D.    psikometrik 

  Jawapan:  A

 

26.  Pendidikan era kemerdekaan menitik beratkan 

A.     perpaduan kaum

B.     kehendak dan nilai penjajah

C.     demokrasi pendidikan

D.    pembangunan manusia 

Jawapan :  A



2 ulasan: